DROPSHIP

CARA-CARA DAFTAR AGENT DROPSHIP SAMS

•Pastikan anda mengisi borang pendaftaran dengan betul dan teliti sebelum teruskan step seterusnya.

•Pembayaran pendaftaran yuran dropship adalah PERCUMA buat masa ini jika anda daftar segera di sini. Jika anda daftar di premis kami yuran dikenakan sebanyak RM10.

•Pastikan anda ingat Email dan Password yang anda masukkan ketika pendaftaran kerana setiap kali login anda perlu masukkan Email dan Password anda.

•Sila Verify email anda terlebih dahulu. Anda perlu masuk ke email anda dan verify untuk pengesahan akaun anda. Tempoh verify akaun hanya 24 jam sahaja jika anda terlewat akaun anda akan hilang secara automatik dan perlu daftar dari awal.

•Kedaisams.com merupakan cawangan online dimana polisi dan prosedur urusniaga tidak sama dengan cawangan offline kami. Jika anda mahu membeli di cawangan offline kami anda perlu daftar semula di sana dan dikenakan yuran pendaftaran RM10 untuk memiliki nombor keahlian Dropship.

• Pastikan email anda sentiasa aktif kerana sebarang informasi akan dihantar melalui email anda seperti pengesahan order, pengesahan bayaran, invois, no tracking dan kupon promosi. Email merupakan medium utama untuk dihubungi antara anda dan pihak kami.

STEP BY STEP DROPSHIP SAMS

1.Pastikan anda login dulu di my account sebelum buat order, jika tidak login anda akan dapat harga mahal.

2.Anda masuk website ini untuk rujuk produk yang ready stok, boleh search terus produk apa anda mahu, boleh juga check kuantiti stok ready dan berat produk

3. Anda promote produk, tidak kisah secara offline atau online. Gambar boleh download atau ambil di sini terus. Kami membenarkan anda gunakan gambar yang kami sediakan sebagai bahan jualan anda.

4. Anda tentukan harga jualan anda sendiri, pihak SAMS tidak melarang isu harga, anda tentukan keuntungan anda sendiri.

5. Pelanggan anda order barang

6. Anda ambil order dan masuk ke website

7. Key-in produk yang pelanggan anda order dan “Add To Cart”

8. Klik “Checkout” dan masukkan negeri pelanggan anda di ruangan “Shipping Address” . Kemudian anda akan dapat harga caj penghantaran (dikira mengikut berat dan negeri penerima) dan harga cost anda.

9. Maklumkan Kepada Pelanggan anda berapa jumlah perlu dibayar termasuk caj penghantaran. (sila markup harga untuk dapat keuntungan anda.)

10. Selepas terima bayaran dari pelanggan anda, anda boleh masuk semula ke website untuk habiskan urusan order dan pembayaran.

11. Sebelum bayaran dibuat, pastikan anda mengisi maklumat dengan lengkap terutama Billing Address (maklumat anda sebagai pengirim) dan Shipping Address (maklumat pelanggan anda)

12. Anda akan terima No Tracking selepas proses pengeposan dibuat. Anda boleh ambil No Tracking di My Account > Order. Anda juga boleh terus Trace status lokasi dimana barang anda berada dengan klik simbol disitu.

So, sebagai kemudahan dan manfaat yang kami beri, anda hanya ambil untung dengan promote produk sahaja, anda tidak perlu keluar modal sendiri dan tidak perlu bersusah payah packing barang dan keluar ke pejabat pos. Syarikat kami menguruskan semua kerja anda.

Contoh:
Jamu Kacip Malam RM15 harga Dropship (harga anda dapat)
Postage Caj RM 8 semenanjung. Anda bayar kami RM23 sahaja.
anda jual Jamu Kacip Malam RM 25 + pos RM 8 semenanjung.
Pelanggan bayar kepada anda RM33.
Anda Untung RM10 (bersih)

BERNIAGA DI SHOPEE / LAZADA

  • Berat produk boleh ambil di Additional Description.
  • Selepas Checkout, sila pilih Shipping Method “SAYA ADA SHOPEE/LAZADA WAYBILL
  • Billing address – masukkan maklumat anda sebagai pengirim.
  • Shipping Address (Ship to different address) – masukkan maklumat pelanggan anda sebagai penerima.
  • Selesaikan segala urusan order dan pembayaran.
  • Email Shopee/Lazada Waybill kepada kami untuk proses urusan penghantaran. [email protected]

KADAR CAJ PENGHANTARAN

SEMENANJUNG

POSLAJU
<0.5KG – RM8.40 
<0.75KG – RM9.80 
<1KG – RM11.90 
<1.25KG – RM14.00 
<1.5KG – RM15.40
<1.75KG – RM17.50
<2KG – RM19.60 

CITYLINK
<10KG – RM15.00
<15KG – RM21.60
<20KG – RM28.80
<25KG – RM36.00
<30KG – RM43.20

SABAH & SARAWAK

POSLAJU
<0.5KG – RM12.60 
<0.75KG – RM16.80 
<1KG – RM20.30 
<1.25KG – RM23.80 
<1.5KG – RM28.00 
<1.75KG – RM31.50 
<2KG – RM35.00 

CITYLINK
<1KG – RM11.53
SETIAP KG DITAMBAH RM11.53
CONTOH BERAT 1.3KG, CITYLINK CAJ 2KG RM11.53X2KG=RM23.06

J&T EXPRESS

P/S- Maksimum berat setiap order hanya 30kg/kotak. jika anda mahu order banyak kotak, sila buat order yang berbeza bagi setiap kotak.

REGISTER

Dropship
RM 0.00
Joint us NOW! FOR FREE!!